Thursday, March 8, 2018

KURSUS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI




Klip rakaman video 'Kursus Pengurusan Dan Pentadbiran Koperasi' anjuran Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur yang diadakan di Maktab Koperasi Zon Timur di Indera Mahkota, Kuantan pada 22 dan 23 Februari 2018.

Koperasi Komuniti Kampung Binjai Berhad diwakili 2 orang peserta iaitu Pengerusi dan Bendahari.

Kursus selama 2 hari itu banyak memberi pendedahan dan pengalaman bagi menerajui koperasi dimasa hadapan.


ALBUM KURSUS MAKTAB KOPERASI MALAYSIA ZON TIMUR























KURSUS ANJURAN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA ZON TIMUR




Maklumat tarikh dan lokasi kursus-kursus anjuran Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur. Permohonan untuk menyertai kursus boleh dibuat dengan mengisi borang dan menghubungi:

Maktab Koperasi Malaysia Zon Timut
Kompleks Inkubator, Indera Mahkota 14,
Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

Tel: 09-573 2449  
Faks: 09-573 2450
Email: mkmctimur@mkn.edu.my

atau secara on-line dengan melayari laman web Maktab Koperasi Malaysia:




Saturday, March 3, 2018

KURSUS WAJIB 2 & 3: PENGURUSAN KEWANGAN KOPERASI DAN PENGURUSAN STRATEGIK

Kursus wajib 2 dan 3 juga telah diadakan di Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur, Indera Mahkota, Kuantan pada tarikh 26-27 Februari dan 28 Februari - 1 Mac 2018 selama 4 hari berturut-turut.

Koperasi Komuniti Kampung Binjai Berhad diwakili oleh 2 anggota yang terdiri dari Ahli Lembaga Koperasi iaitu Abd Azam b. Abd Rahman (Pengerusi) dan Mohamad Nasirrudin Hanafi B. Zanilludin (Bendahari).











Kursus Wajib 2 - Pengurusan Kewangan Koperasi merupakan pengetahuan asas berkaitan hal-hal berkaitan pengurusan kewangan koperasi dengan objektif seperti berikut : 
Memberi kefahaman terhadap kaedah bagi menilai prestasi koperasi dan mengurus modal kerja koperasi dengan berkesan.


Isi Kandungan Kursus
Pengenalan
Sistem Perakaunan Koperasi
Memahami Penyata Kewangan Koperasi
Menilai Prestasi Koperasi
Pengurusan Risiko dan Sistem Kawalan Dalaman Koperasi
Pengurusan Modal Kerja Koperasi.


Kursus Wajib 3 - Pengurusan Strategik merupakan pengetahuan asas berkaitan saranan dan keperluan koperasi menyediakan pelan strategik koperasi dengan objektif kursus seperti berikut :
Memberi kefahaman berkaitan konsep dan kepentingan pengurusan secara strategik dalam pengurusan dan pentadbiran koperasi.
Memberi pendedahan berkaitan teknik-teknik analisis, pemilihan dan kawalan pengurusan strategik.

Isi kandungan Wajib 3
Peranan Koperasi dalam Dasar Koperasi Negara (DKN) & Pengenalan Pengurusan Strategik
Pembentukan Visi, Misi dan Objektif
Analisis Persekitaran Organisasi
Menjana dan Memilih Strategi
Analisis Prestasi

Penilaian dan Kawalan


KURSUS WAJIB 1: PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI

Kursus berkenaan telah diadakan di Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur, Indera Mahkota, Kuantan pada 21 dan 22 Februari 2018.

Koperasi Komuniti Kampung Binjai Berhad diwakili oleh 2 anggota yang terdiri dari Ahli Lembaga Koperasi iaitu Abd Azam b. Abd Rahman (Pengerusi) dan Mohamad Nasirrudin Hanafi B. Zanilludin (Bendahari).









Kursus ini sangat penting untuk membolehkan Lembaga memahami konsep koperasi serta mengenal pasti peranan dan tanggungjawab mereka yang pada umumnya berkuasa untuk mengurus dan mengawasi sumber dan aset koperasi dengan cekap dan berkesan.

Justeru itu, ALK dan JAD yang dilantik perlu menghadiri ketiga-tiga kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan bagi meningkatkan kompetensi dan tadbir urus koperasi. Kegagalan menghadiri kursus-kursus ini akan memberikan kesan kepada ALK terbabit.

Kursus-kursus ini dikendalikan di ibu pejabat MKM dan di semua zon MKM. Setiap satu kursus mengambil tempoh 2 hari sahaja. Pemohon boleh memohon kursus mengikut tarikh dan tempat seperti yang telah dijadualkan.