Saturday, March 3, 2018

KURSUS WAJIB 2 & 3: PENGURUSAN KEWANGAN KOPERASI DAN PENGURUSAN STRATEGIK

Kursus wajib 2 dan 3 juga telah diadakan di Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur, Indera Mahkota, Kuantan pada tarikh 26-27 Februari dan 28 Februari - 1 Mac 2018 selama 4 hari berturut-turut.

Koperasi Komuniti Kampung Binjai Berhad diwakili oleh 2 anggota yang terdiri dari Ahli Lembaga Koperasi iaitu Abd Azam b. Abd Rahman (Pengerusi) dan Mohamad Nasirrudin Hanafi B. Zanilludin (Bendahari).











Kursus Wajib 2 - Pengurusan Kewangan Koperasi merupakan pengetahuan asas berkaitan hal-hal berkaitan pengurusan kewangan koperasi dengan objektif seperti berikut : 
Memberi kefahaman terhadap kaedah bagi menilai prestasi koperasi dan mengurus modal kerja koperasi dengan berkesan.


Isi Kandungan Kursus
Pengenalan
Sistem Perakaunan Koperasi
Memahami Penyata Kewangan Koperasi
Menilai Prestasi Koperasi
Pengurusan Risiko dan Sistem Kawalan Dalaman Koperasi
Pengurusan Modal Kerja Koperasi.


Kursus Wajib 3 - Pengurusan Strategik merupakan pengetahuan asas berkaitan saranan dan keperluan koperasi menyediakan pelan strategik koperasi dengan objektif kursus seperti berikut :
Memberi kefahaman berkaitan konsep dan kepentingan pengurusan secara strategik dalam pengurusan dan pentadbiran koperasi.
Memberi pendedahan berkaitan teknik-teknik analisis, pemilihan dan kawalan pengurusan strategik.

Isi kandungan Wajib 3
Peranan Koperasi dalam Dasar Koperasi Negara (DKN) & Pengenalan Pengurusan Strategik
Pembentukan Visi, Misi dan Objektif
Analisis Persekitaran Organisasi
Menjana dan Memilih Strategi
Analisis Prestasi

Penilaian dan Kawalan


No comments:

Post a Comment