Saturday, March 3, 2018

KURSUS WAJIB 1: PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI

Kursus berkenaan telah diadakan di Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur, Indera Mahkota, Kuantan pada 21 dan 22 Februari 2018.

Koperasi Komuniti Kampung Binjai Berhad diwakili oleh 2 anggota yang terdiri dari Ahli Lembaga Koperasi iaitu Abd Azam b. Abd Rahman (Pengerusi) dan Mohamad Nasirrudin Hanafi B. Zanilludin (Bendahari).









Kursus ini sangat penting untuk membolehkan Lembaga memahami konsep koperasi serta mengenal pasti peranan dan tanggungjawab mereka yang pada umumnya berkuasa untuk mengurus dan mengawasi sumber dan aset koperasi dengan cekap dan berkesan.

Justeru itu, ALK dan JAD yang dilantik perlu menghadiri ketiga-tiga kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan bagi meningkatkan kompetensi dan tadbir urus koperasi. Kegagalan menghadiri kursus-kursus ini akan memberikan kesan kepada ALK terbabit.

Kursus-kursus ini dikendalikan di ibu pejabat MKM dan di semua zon MKM. Setiap satu kursus mengambil tempoh 2 hari sahaja. Pemohon boleh memohon kursus mengikut tarikh dan tempat seperti yang telah dijadualkan.

No comments:

Post a Comment